Thursday, November 19, 2015

Anak adalah penghubung...

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Anak adalah penghubung kasih sayang suami isteri.
Sebab tu selalunya dia akan berada di tengah2.
Cuba perhati, dia amat suka berada di antara ibu dan ayah di mana saja dari bangun tidur sampai tidur semula..^^
"Kerana saya penghubung cinta umi dan abi" agaknya begini fikir dia.
Jadi jika teman belum dikurnia rezeki cahaya mata, secara positifnya mungkin anda belum perlukan penghubung cinta tambahan kerana perhubungan yang sedia ada sudah eratttt terjalin.
Atau,
Di sisi lain muhasabah, mungkin perhubungan yang ada perlu perhatian yang lebihhhhh banyak kerana mungkin ada unsur2 kerenggangan atau keretakan yang masih perlu diperbaiki.
Ya, segalanya mungkin.
Ini logik akal saya saja. Tiada dalil. ^^
Apapun ujian yang teman2 lalui, La Tahzan, Innallaha Ma'ana. heart emoticon
Ummu Naufal
~melayan penghubung cinta ayah dan ibu memanglah memerlukan mental dan fizikal yang kuat..^^

No comments: