Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Antara waktu Maghrib dan Isyak kami berdua nonton Oasis “Indahnya Iman” sambil bermain playdoh homemade. Memang mendamaikan bila bermain dengan anak sambil mendengar alunan zikir. Tup! Di skrin terpampang satu wajah yang amat dikenali. “Mesej pra-bajet 2016”.
“Assalamualaikum wbt.. Yadayadayada.. Kejatuhan harga minyak yang begitu ketara menyebabkan pendapatan negara dan kerajaan terjejas..taratarataratraa..” Itu saja isi yang penting yang dapat saya tangkap daripada mesej tersebut. Suhu kepala saya agak tinggi untuk menghadam isi2 yang lain.
Harga minyak jatuh kerana ada yang memonopoli. Monopoli dibuat oleh negara 'tertentu' supaya lambakan minyak berlaku dan harga jatuh teruk. Peperangan, politik dan banyak lagi adalah penyumbang utama. Jadi, Malaysia sebuah negara yang menurut hikayat hanyasanya bergantung kepada pendapatan jual minyak semata-mata dikatakan terjejas teruk dengan situasi ini. Harga turun atau naik, satu kepastian, minyak petroleum kita akan habis suatu hari nanti.
Tapi kita tak perlu menangis dengan kehabisan minyak atau tak perlu mengeluh. Kerana kita ada AIR !
Tapi kita tak perlu menangis dengan kehabisan minyak atau tak perlu mengeluh. Kerana kita ada AIR !
Saya teringat satu tulisan oleh Zhang (2010). Adakah dia keturunan Kaisar Zhang dari Dinasti Han yang mahsyur itu? Itu saya tak dapatlah nak pastikan. -..-.
Apa yang pasti dia adalah saintis Negara China yang rajin amatnya menjalankan kajian untuk menghasilkan minyak hidrogen ini. Dia dan konco2 saintisnya daripada Institut Nukelier dan Teknologi Tenaga Baru, Chino, dengan bangga melaporkan kejayaan mereka terhadap kajian lingkaran tertutup produksi hidrogen menggunakan tenaga nukelier. Ini masih tak dapat dilakukan oleh General Atomic dari Amarrikka sampai sekarang. Sudah tentulah mereka tidak mahu berkongsi rahasia itu dengan Amarrikka. Chino VS Amarrikka.

Oleh kerana Chino sangat rajin maka Malaysia akan meminjam kerajinan mereka untuk membina Loji Nukelier. Panda dah dapat, nukelier bakal menyusul. Yuuhuu.
“Loji Tenaga Nuklear Malaysia akan beroperasi pada 2021 dengan menggunakan kepakaran sedia ada daripada Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun. Loji tersebut memerlukan masa 10 tahun untuk disiapkan‘ –Sumber Wikipedia dan Agensi Nuklear Malaysia-
Selamat mempercayainya.
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (QS Al-Mukminun : 18)
Ummu Naufal
~elektron air yang teruja
~elektron air yang teruja
No comments:
Post a Comment