Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Senyuman2 pada wajah2 bahagia terpapar di muka buku. Tahniah saya ucapkan kepada adik2, teman2 yang baru saja menikah atau bakal bernikah tak lama lagi. Mabruk2. ^^ heart emoticon
Terdetik untuk saya kongsikan apa yang saya pegang tentang pernikahan. Pernikahan, adalah satu sesi pembelajaran yang panjang dan punya banyak sesi ujian. Pada masa tertentu tanpa diduga, ujian peperiksaan atau kuiz akan datang tiba2. Mengejutnya ia sama lah macam kuiz mengejut alam universiti dulu. Boleh teman bayangkan? Istimewanya pernikahan ialah, dalam setiap ujian itu akan ada satu soalan sama yang sentiasa akan berulang. Iaitu,
"Mengapa kamu pilih dia sebagai pasangan?"
Hari ini, 5 tahun lagi, bahkan 10, 20 atau 50 tahun akan datang, soalan sama ini akan berulang dalam setiap sesi ujian. Tips untuk lulus, anda hanya perlu jawab satu jawapan yang sama juga setiap kali diuji. Jawapan ini melambangkan kematangan dan jelasnya matlamat pernikahan tersebut.
Sebagai contoh,
Jika dalam ujian pertama anda menjawab, "kerana dia cantik dan saya sangat suka pada senyuman manisnya", maka sesi ujian seterusnya anda akan diuji dengan si dia tidak lagi kelihatan cantik dan tidak mampu tersenyum untuk anda, maka jawapan itu sudah tidak relevan. Kali kedua, jika anda menjawab, "kerana dia sahaja yang sudi mengisi kesunyian hidup saya", pada sesi akan datang, anda mungkin menerima ujian si dia tidak lagi sudi menemani anda seperti dulu. Dan soalan ini akan sentiasa berterusan hingga anda tidak lagi mampu lulus bagi setiap ujian. langit mungkin kembali cerah selepas sesi ujian namun tanpa sedar ujian2 terkumpul yang anda tidak lulus semakin banyak dan akhirnya...anda rebah !

Jawapan skema Al Quran untuk soalan ujian ini,
"Saya pilih dia sebagai isteri/suami saya kerana Allah"
"Saya pilih dia sebagai isteri/suami saya kerana Allah"
Ummu Naufal,
~tiada cinta yang lebih agung selain cinta kerana Allah
~tiada cinta yang lebih agung selain cinta kerana Allah
No comments:
Post a Comment